Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa simbah air panas, terajang, tampar wanita

Seorang lelaki berusia 51 tahun akan didakwa di mahkamah pada Khamis (28 Okt) kerana didakwa menyimbah air mendidih ke arah seorang wanita serta menerajang dan menamparnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa simbah air panas, terajang, tampar wanita

Gambar fail

Diterbitkan : 27 Oct 2021 11:55AM Dikemas Kini : 27 Oct 2021 11:56AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 51 tahun akan didakwa di mahkamah pada Khamis (28 Okt) kerana didakwa menyimbah air mendidih ke arah seorang wanita serta menerajang dan menamparnya.

Pada 11 April lalu pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari, polis dimaklumkan tentang kes di mana seorang lelaki didakwa menyerang seorang wanita yang mempunyai hubungan dengannya.

Dia dituduh menerajang dan menampar wanita itu semasa bergaduh di Bayfront Avenue, menurut polis pada Rabu (27 Okt).

"Siasatan menunjukkan lelaki itu dipercayai menyimbah air panas yang mendidih ke arah wanita itu dan didakwa menghantar emel mengandungi kata-kata menghina tentang wanita itu kepada anak perempuannya," menurut Pasukan Polis Singapura.

Lelaki itu diberkas pada hari yang sama.

Dia akan didakwa pada Khamis kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menerusi cara berbahaya, menyebabkan kecederaan dan niat menganggu, menurut polis.

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menerusi cara berbahaya, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja adalah hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi kesalahan dengan niat sengaja menyebabkan gangguan adalah tempoh penjara sehingga enam bulan, denda tidak lebih S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan