Lelaki didakwa serang pegawai polis di Hougang akan dihadapkan ke mahkamah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai menyerang beberapa pegawai polis di Hougang akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (19 Apr) atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.
Lelaki itu, yang juga dalam keadaan bogel pada ketika itu, juga dipercayai telah mengelar seorang individu pada Khamis (17 Apr) sebelum dia ditahan dan diberkas oleh pihak berkuasa.
Polis menyatakan pihaknya menerima beberapa panggilan meminta bantuan di Hougang Avenue 8 berhampiran Blok 676 dan 677 pada kira-kira pukul 1.10 petang.
Orang ramai melaporkan telah melihat seorang lelaki bogel dipercayai merosakkan beberapa kenderaan di sebuah tempat letak kereta terbuka.
Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai telah merosakkan sebuah kenderaan yang diletakkan di sana sebelum menyerang seorang lelaki berusia 30 tahun dengan sebilah pisau, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Dia kemudian didakwa mengambil papan kayu yang dipahat paku lalu menggunanya untuk merosakkan sebuah bas di Hougang Avenue 4.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyerang mereka menggunakan papan kayu itu sebelum dia diberkas.
"Kekerasan sewajarnya digunakan untuk menahannya," menurut polis, sambil menambah tiga pegawainya mengalami cedera ringan.
Lelaki berusia 30 tahun itu mengalami luka pada tangannya dan berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.
"CAMPUR TANGAN BERANI"
Polis juga memuji keberanian orang awam, Encik Shari Mohd, yang memberi campur tangan untuk melindungi lelaki berusia 30 tahun itu dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun.
"Encik Shari bertindak pantas dengan menjauhkan mereka daripada lelaki itu, sekali gus berjaya memastikan keselamatan mereka."
Beliau akan diberikan Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam bagi mengiktiraf "keberanian dan campur tangan pantas beliau".
"Tindakan Encik Shari memberi campur tangan secara berani telah mengelakkan berlakunya situasi yang sangat berbahaya dan memudaratkan," kata Penolong Komisioner Polis dan Komander Divisyen Ang Mo Kio Xie Xingmao.
"Tindakan beraninya itu menggambarkan semangat kemasyarakatan yang bantu memastikan keselamatan masyarakat."

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.