Lelaki didakwa selepas warga emas 73 tahun cedera parah, maut susuli pergaduhan di Woodlands
Seorang lelaki didakwa pada hari Selasa (23 Dis) kerana mencederakan seorang lelaki berusia 73 tahun yang kemudian meninggal dunia selepas berlaku pergaduhan di tempat makan di Woodlands.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada hari Selasa (23 Dis) kerana mencederakan seorang lelaki berusia 73 tahun yang kemudian meninggal dunia selepas berlaku pergaduhan di tempat makan di Woodlands.
Teo Eng Chye, 57 tahun, dituduh menyebabkan Encik Foo Suan Chew mengalami keretakan rawan tiroidnya, pada bahagian leher mangsa.
Kertas pertuduhan tidak menyatakan bagaimana Teo menyebabkan kecederaan tersebut.
Kejadian itu berlaku pada Ahad malam di Fork & Spoon, sebuah tempat makan milik Koufu di Blok 768 Woodlands Avenue 6.
Polis sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan pada kira-kira pukul 9.20 malam.
Setibanya para pegawai di tempat kejadian, lelaki warga tua itu ditemui tidak sedarkan diri. Dia dibawa ke hospital di mana dia kemudian meninggal dunia.
"Siasatan awal mendapati bahawa mangsa dipercayai telah bertengkar dengan lelaki berusia 57 tahun itu, yang memuncak menjadi pergaduhan," menurut polis.
Teo diberkas pada hari yang sama.
Dia masih ditahan reman untuk siasatan, dengan kebenaran untuk dibawa keluar ke tempat kejadian. Kesnya akan didengar semula pada 30 Dis.
Hukuman bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah adalah hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebatan rotan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.