Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa rosakkan sepanduk NDP di Punggol, direman di IMH

Seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa pada Selasa (3 Ogos) kerana menggunting dan merosakkan beberapa sepanduk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Punggol, sehari selepas polis menerima maklumat bahawa seorang individu menggunting bendera Singapura di sekitar kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa rosakkan sepanduk NDP di Punggol, direman di IMH

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 11:35AM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 11:36AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa pada Selasa (3 Ogos) kerana menggunting dan merosakkan beberapa sepanduk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Punggol, sehari selepas polis menerima maklumat bahawa seorang individu menggunting bendera Singapura di sekitar kawasan itu.

Ahmad Abdullah, juga dikenali sebagai Wan Ahmad Yusof, dikenakan satu tuduhan setiap satu bagi kesalahan melakukan perbuatan nakal dengan menggunting dan merosakkan sepanduk hiasan NDP serta membawa senjata berbahaya ke tempat awam.

Ahmad dituduh membawa sebilah pisau dapur berwarna hitam dan gunting berwarna hitam dekat Blok 211A Punggol Walk pada kira-kira pukul 2.00 pagi pada 2 Ogos.

Sekitar setengah jam sebelum itu, dia didakwa menggunting dan merosakkan beberapa sepanduk NDP.

Polis menyatakan bahawa para pegawainya memberi respons pantas terhadap kejadian itu lalu menahan lelaki berkenaan. Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu didakwa merosakkan beberapa bendera Singapura dan sepanduk yang dipaparkan di sekitar Punggol Field, Punggol Central dan Punggol Walk.

Ahmad diarahkan untuk ditahan direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemantauan psikiatri.

Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 17 Ogos.

Jika didapati bersalah melakukan perbuatan nakal, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah membawa senjata berbahaya di tempat awam, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan dikenakan sebatan rotan sekurang-kurangnya enam kali. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan