Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa pukul budak perempuan dengan tali pinggang, tampar mukanya

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa pukul budak perempuan dengan tali pinggang, tampar mukanya

Gambar ilustrasi seorang kanak-kanak dipukul. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan menampar mukanya dan memukul tangan dan kakinya dengan tali pinggang sehingga menyebabkan kecederaan di badannya, manakala seorang wanita dituduh membiarkan perkara itu berlaku.

Lelaki 32 tahun dan wanita 34 tahun itu dihadapkan semula ke mahkamah pada Rabu (21 Dis) untuk menghadapi pertuduhan masing-masing. Kes mereka ditangguhkan ke Januari untuk sebutan lanjut.

Kedua-dua mereka tidak boleh dikenal pasti kerana perintah larangan yang melindungi mangsa, yang juga merangkumi identiti tertuduh dan lokasi kejadian.

Lelaki itu didakwa awal tahun ini atas satu pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaannya di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Dia didakwa menampar muka budak perempuan itu sekitar 24 Ogos 2020 di sebuah flat. Dia juga didakwa menggunakan tali pinggang untuk memukul lengan dan kakinya kira-kira 20 kali, menyebabkan gadis itu mengalami pelbagai kecederaan fizikal di tubuhnya.

Wanita itu, yang mempunyai hak penjagaan ke atas budak perempuan itu, menghadapi satu pertuduhan kerana dengan sengaja membenarkan gadis itu dianiaya oleh lelaki itu.

Menurut dokumen mahkamah, dia membenarkan kejadian pada Ogos itu berlaku. Dia "sentiasa hadir" apabila lelaki itu merotan atau memukul gadis itu, dan tidak campur tangan untuk menghalangnya, menyebabkan gadis itu mengalami kecederaan fizikal.

Menurut kertas pertuduhan, dia membenarkan kejadian Ogos itu berlaku. Dia "sentiasa hadir" apabila lelaki itu merotan atau memukul budak perempuan itu, dan tidak campur tangan untuk menghalangnya, menyebabkan gadis itu mengalami kecederaan fizikal.

Jika disabit kesalahan, pasangan itu boleh dipenjara sehingga lapan tahun, didenda hingga S$8,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan