Lelaki didakwa miliki senjata, termasuk pistol tiruan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki 45 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (26 Jul) kerana disyaki merosakkan harta benda dengan menggunakan lastik bebola besi.
Lelaki tersebut diberkas pada 2 Mei tahun lalu berikutan siasatan polis mengenai kejadian tingkap rosak di sebuah blok HDB di Jelapang Road, Bukit Panjang.
Beberapa laporan dibuat antara Februari dengan April 2023. Tingkap-tingkap tersebut dipercayai rosak akibat bebola besi yang dilepaskan berhampiran blok itu, kata polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (25 Jul).
Pegawai dari Divisyen Polis Jurong memberkas lelaki itu di Jelapang Road pada Mei selepas mengenal pasti identitinya.
Mereka merampas pelbagai jenis bebola tanah liat dan logam, bola gel cecair, tujuh lastik, empat pistol airsoft, dan satu replika senapang yang boleh melepaskan pelet gel air.
Dua pedang samurai juga dirampas, bersama sejumlah kotak diubah suai, yang dipercayai digunakan untuk latihan sasaran.
"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki tersebut melepaskan bebola besi menggunakan lastik daripada unit kediamannya ke arah beberapa papan tanda di Jelapang Road beberapa kali," kata polis.
Bebola itu juga merosakkan tingkap unit kediaman berdekatan.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah kerana melakukan perbuatan terburu-buru, memiliki senjata tanpa lesen, memiliki senjata membahayakan dan senjata berjadual.
Jika disabit kesalahan melakukan perbuatan terburu-buru, lelaki itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak lebih S$2,500 atau kedua-duanya sekali.
Atas kesalahan memiliki senjata tanpa lesen, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda tidak lebih S$5,000 bagi setiap senjata yang dimiliki.
Lelaki itu juga boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali kerana memiliki senjata serangan.
Hukuman bagi memiliki senjata seperti pedang samurai membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.