Lelaki didakwa miliki katrij vape mengandungi dadah terkawal Kelas A
Seorang lelaki berusia 47 tahun yang dituduh mengedar dadah dikenakan tuduhan baharu memiliki kartrij vape yang mengandungi dadah terkawal Kelas A.
(Gambar: Jeremy Long)
This audio is generated by an AI tool.
Lim Heong Sheng dituduh memiliki kartrij vape mengandungi methamphetamine dan MDMB-4en-PINACA, iaitu kanabinoid sintetik atau dadah sintetik.
Warga Singapura itu dipercayai memiliki bahan-bahan itu bersamanya pada 16 Januari lalu di sebuah lot tempat letak kereta di Blok 657, Jurong West Street 65.
Beserta dengan tuduhan-tuduhan itu, Lim juga dituduh mempunyai dadah lain bersamanya di lot tempat letak kereta itu.
Ini termasuk satu paket ganja, satu paket ketamine dan perkakas dadah.
Lim direman sejak 18 Januari lalu.
Kesalahan lain yang didakwa dilakukannya termasuk mengedar meth dan memiliki peluru secara haram.
Dia dipercayai mempunyai sebutir peluru titik cekung 7.62 milimeter dalam sebuah beg komputer riba yang diletakkan dalam but kenderaan tersebut di lot tempat letak kereta berkenaan pada 16 Januari.
Jika didapati bersalah memiliki kartrij vape yang mengandungi dadah terkawal Kelas A, Lim boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.