Lelaki didakwa menyebabkan kematian pelajar ACS(I) semasa kegiatan elemen tinggi di SAFRA Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa berhubung kematian pelajar 15 tahun, yang meninggal dunia pada Februari tahun lalu selepas dia terjatuh semasa menyertai sebuah program perkhemahan sekolah.
Muhammad Nurul Hakim Mohamed Din, 22 tahun dikenakan satu tuduhan pada Khamis (15 Sep) kerana menyebabkan kematian Puah Xin Yang Jethro, 15 tahun pada sekitar 1.25 tengah hari pada 3 Februari 2021 di SAFRA Yishun.
Menurut kertas tuduhannya, dia didakwa melakukan tindakan melulu, tanpa niat membunuh, dengan gagal memastikan kedua-dua tali pengikat keselamatan pada abah-abah atau harness kaki Jethro dipasang dengan sebelum pelajar itu dilepaskan untuk melakukan kegiatan elemen tinggi.
Akibatnya, Jethro meninggal dunia disebabkan kegagalan pelbagai organ menyusuli tekanan pada lehernya dan sukar bernafas atau asfiksia traumatik.
Muhammad Nurul Hakim merupakan pemudah cara kegiatan di Canopy Sky Walk ketika itu. Laporan sebelum ini menyatakan bahawa kegiatan tersebut dianjurkan oleh Camelot, sebuah syarikat yang menyediakan pembelajaran luar darjah.
Dalam satu kenyataan pada Februari tahun lalu, SAFRA Yishun menyifatkan kejadian itu sebagai "satu kemalangan", dan menyatakan pelajar sebahagian peserta program perkhemahan Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) yang diadakan di pusat sukan kembara di SAFRA Yishun.
Polis sebelum ini menyatakan bahawa Jethro tergelincir semasa melakukan kegiatan elemen tinggi dan "tergantung dari tali pengikat keselamatan dan kemudian tidak sedarkan diri apabila diturunkan ke lantai".
Budak kelaki tersebut tidak memberi sebarang respons apabila paramedik tiba di tempat kejadian dan memberikan bantuan pernafasan. Dia meninggal dunia di hospital pada hari berikutnya.
Kementerian Pendidikan (MOE) dan Sekolah Anglo-Chinese(Bebas) menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka amat berdukacita di atas kematian pelajar tersebut.
Berikutan kejadian tersebut, semua sekolah menggantung serta merta kegiatan-kegiatan luar darjah melibatkan elemen paras tinggi.

Jika disabit kesalahan menyebabkan kematian kerana tindakan melulu, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda, atau kedua-dua sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.