Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa membakar bunga api di Little India pada hujung minggu Deepavali

Seorang lelaki berusia 43 tahun didakwa pada Isnin (2 Dis) kerana membakar bunga api di Little India semasa hujung minggu Deepavali pada Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa membakar bunga api di Little India pada hujung minggu Deepavali

Tukul kayu mahkamah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 05:14PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 05:19PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun didakwa pada Isnin (2 Dis) kerana membakar bunga api di Little India semasa hujung minggu Deepavali pada Oktober.

Sivasarvanan Suppiah Murugan dikenakan satu tuduhan di bawah Akta Bunga Api Berbahaya, yang melarang penyalaan piroteknik sedemikian di sini.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki warga Singapura itu didakwa menyalakan sekotak bunga api Happy Boom pada sekitar 12.35 pagi pada 27 Oktober. Dia dituduh melakukan demikian di simpang Campbell Lane dengan Madras Street.

Sebelum ini polis menyatakan tiada kecederaan dilaporkan.

Ia merupakan kali kedua bunga api dibakar di Singapura. Dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki 38 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan serupa di Jurong West.

Sivasarvanan memberitahu mahkamah dia bercadang untuk mengaku bersalah dan akan kembali ke mahkamah pada 31 Disember. Dia dibebaskan dengan ikat jamin S$5,000.

Atas kesalahan melepaskan bunga api berbahaya, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Awal tahun ini, seorang lagi lelaki yang membakar empat bunga api pada Deepavali tahun lalu dan berbohong kepada polis mengenai hal itu, dipenjara selama tiga minggu dan didenda S$5,000. 

Jeevan Arjoon, 29, mengaku bersalah kerana membakar bunga api di Yishun dan sebelum ini cuba menyalahkan rakannya kerana membeli bunga api itu.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan