Skip to main content

Singapura

Lelaki didakwa lempar 'pisau tembikai' ke arah pegawai polis di Bukit Batok

Seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa pada Rabu (16 Mac) kerana melempar sebilah pisau ke arah seorang pegawai polis di Bukit Batok, sekaligus menyebabkan pegawai itu cedera.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa pada Rabu (16 Mac) kerana melempar sebilah pisau ke arah seorang pegawai polis di Bukit Batok, sekaligus menyebabkan pegawai itu cedera.

Leonard Goh Yew Cheng didakwa melempar sebilah "pisau pemotong tembikai" berukuran sekitar 47 sentimeter ke arah seorang inspektor stesen yang berusia 42 tahun.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.10 malam pada Isnin (14 Mac) di koridor tingkat 13 sebuah blok di Bukit Batok West Avenue 8.

Pemegang pisau itu dipercayai terkena pipi kanan pegawai tersebut, meninggalkan kesan lebam kemerahan.

Polis kemudian menggeledah rumah Goh dan menemui lima bilah pisau yang panjang.

Goh dikenakan satu tuduhan setiap satu kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menghalang seorang pegawai awam daripada menjalankan tugas, membawa senjata berbahaya di tempat awam dan bersubahat dengan kesalahan memiliki senjata berbahaya.

Dia ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan psikiatri dan akan dihadapkan semula ke mahkamah pada hujung bulan ini.

Jika didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan bagi menghalang seorang pegawai awam daripada menjalankan tugasnya, Goh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda atau dikenakan sebatan rotan.

Hukuman bagi kesalahan memiliki senjata berbahaya di tempat awam adalah penjara sehingga tiga tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali. Hukuman yang sama dikenakan kerana bersubahat bagi kesalahan itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita