Lelaki didakwa langgar penunggang motosikal di BKE, sebabkan kematian dan lari ke Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Selepas melanggar sebuah motosikal di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada Selasa (6 Feb), Pua Yui Loon, 27 tahun, tidak berhenti untuk membantu mangsa, malah segera melarikan diri ke Malaysia.
Kemalangan tersebut menyebabkan kematian penunggang motosikal Chiam Chee Wai, 22 tahun, manakala penumpang wanita, Siti Noor Diyana Abdul Rahim, 23 tahun, cedera parah.
Dokumen mahkamah tidak mendedahkan kecederaan yang dialami mangsa.
Pada Jumaat (9 Feb), Pua, seorang warga Malaysia, didakwa atas kemalangan itu. Tuduhannya adalah seperti berikut:
Memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian
Memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah
Gagal berhenti selepas kemalangan
Gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam
Gagal membantu individu cedera
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa Pua memandu secara berbahaya di BKE menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands, dan berlanggar dengan motosikal mangsa.
Dalam satu kenyataan pada Khamis (8 Feb), polis menyatakan bahawa Pua melarikan diri dari ke Malaysia selepas kemalangan tersebut, dan tidak berhenti untuk membantu mangsa yang cedera atau melaporkan kemalangan itu ke polis dalam tempoh 24 jam.
Polis trafik dan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) berjaya mengenal pasti identiti pemandu dan nombor pendaftaran keretanya melalui siasatan, menurut polis.
Rakaman video daripada saksi dan kamera daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), ICA dan polis juga membantu dalam siasatan, tambah polis.
Pua diberkas apabila dia cuba memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 7 Februari sekitar pukul 3.20 petang.
Pua dijangka kembali ke mahkamah pada 16 Februari.
Bagi kesalahan memandu secara berbahaya, Pua berdepan hukuman penjara selama dua hingga lapan tahun, dan dilarang memandu semua jenis kenderaan.
Jika sabit kesalahan memandu sehingga mencederakan individu lain, dia boleh dipenjara antara satu dan lima tahun, dan dilarang memandu semua jenis kenderaan.
Bagi kesalahan gagal berhenti selepas kemalangan, gagal membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam, dan gagal membantu mangsa yang cedera, Pua berdepan denda sehingga S$1,000, hukuman penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.