Skip to main content

Singapura

Lelaki didakwa lakukan serangan seksual terhadap penumpang dalam pesawat Scoot SG-Perth

Seorang lelaki didakwa pada Selasa (14 Apr) kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita dalam pesawat dari Singapura ke Perth pada Isnin (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa lakukan serangan seksual terhadap penumpang dalam pesawat Scoot SG-Perth

Gambar fail yang menunjukkan pesawat Scoot di Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 15 Apr 2026 07:22PM Dikemas Kini : 15 Apr 2026 07:23PM
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Selasa (14 Apr) kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang penumpang wanita dalam pesawat dari Singapura ke Perth pada Isnin (13 Apr).

Warga India berusia 52 tahun itu dilaporkan melakukan "perbuatan seksual tanpa izin" terhadap seorang wanita yang duduk di sebelahnya dalam penerbangan itu, menurut Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Pasukan Polis Australia Barat dalam satu kenyataan media bersama pada Isnin.

Media Australia, termasuk akhbar Australia Barat dan laman news.com.au melaporkan kejadian itu berlaku dalam pesawat Scoot Airlines TR16.

Penumpang wanita berkenaan mendapatkan bantuan daripada kakitangan pesawat dan kemudian dipindahkan ke tempat duduk yang lain, menurut polis dalam kenyataan tersebut.

Kakitangan pesawat memantau penumpang lelaki itu sepanjang penerbangan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis Australia.

Pegawai polis Australia kemudian mengiringi lelaki itu keluar pesawat untuk disoal siasat apabila pesawat berkenaan tiba di Lapangan Terbang Perth.

AFP dan Skuad Serangan Seks Polis WA sedang menyiasat kejadian yang didakwa berlaku.

Lelaki itu didakwa di bawah undang-undang Australia atas satu kesalahan mencabul dan tiga tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa izin.

Jika disabit bersalah atas hubungan seksual tanpa izin, di aboleh dihukum penjara sehingga 12 tahun.

Hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa izin adalah hukuman penjara selama tujuh tahun maksimum.

Pemangku AFP Superintenden Peter Brindal berkata polis tidak bertolak ansur terhadap perbuatan jenayah yang berlaku dalam pesawat atau di lapangan terbang Australia.

"Setiap penumpang berhak berasa selamat ketika melakukan perjalanan, terutamanya apabila terhad dalam sebuah pesawat berhampiran dengan penumpang lain," katanya.

Beliau juga menggalakkan sesiapa yang mengalami hubungan tidak diingini supaya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa sebaik selepas ia selamat untuk berbuat demikian.

"Tiada sebarang perbuatan tidak senonoh dalam pesawat atau di lapangan terbang yang wajar, dan mana-mana pelawat yang melanggar undang-undang akan ditangani dengan segera."

Mediacorp sudah pun menghubungi Scoot bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita