Lelaki didakwa kerana pandu kereta Porsche dengan kanak-kanak di atas but keretanya
Anggaran Waktu Membaca:
Polis menyiasat kejadian di mana sebuah kereta Porsche dipandu dengan dua kanak-kanak duduk di atas but kereta. (Imej: Reddit)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang dituduh memandu sebuah kereta Porsche dengan dua orang anaknya duduk di atas but keretanya, didakwa di mahkamah pada Khamis (26 Mac).
Prem Anan Sugunakumar, 40 tahun, dikenakan satu tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang mengancam keselamatan kanak-kanak bawah usia 14 tahun.
Dia dilaporkan memandu kenderaan itu di Dairy Farm Lane menghala ke Dairy Farm Heights sekitar pukul 10.40 pagi pada 20 Oktober 2025 dan membenarkan dua orang anaknya, berusia lapan dan tujuh tahun untuk duduk di atas but kereta tersebut.
Di mahkamah, peguam Prem berkata anak guamnya akan "mengambil tindakan tertentu" dan memohon mahkamah untuj menimbangkan pengakuan bersalahnya.
Beliau juga memohon lebih masa untuk menerima arahan daripada anak guamnya.
Kes itu akan dibicarakan semula di mahkamah pada 22 April.
Rakaman video kejadian tersebut dikongsi secara meluas di media sosial pada tahun lalu.
Video TikTok oleh @premroymotoring memaparkan dua kanak-kanak lelaki sedang duduk di atas but kereta berkenaan sebelum ia dipandu lalu.
Dalam satu babak video tersebut, seorang lelaki berjalan di sebelah kereta tersebut sambil berkata "kehidupan ini terlalu singkat" dan "tidak guna menabung untuk generasi seterusnya" kerana mereka boleh "meraih pendapatan mereka sendiri".
Pemeriksaan oleh Mediacorp mendapati akaun TikTok itu milik firma konsainan kereta Prem Roy Motoring dan video itu sudahpun diturunkan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, polis menyatakan kanak-kanak harus memakai tali pinggang keledar apabila menaiki kenderaan, dan tidak harus meletakkan mereka di tempat yang berbahaya seperti di atas but kereta.
Jika sabit kesalahan atas tindakan cuai sehingga mengancam nyawa orang lain, pesalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500 atau kedua-duanya sekali.
Jika mangsa berusia bawah 14 tahun, pesalah boleh dikenakan hukuman maksimum sebanyak dua kali ganda.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.