Lelaki didakwa kerana lompat keluar bas mini di ECP hingga jadi punca nahas
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/sandrafaustinalee
SINGAPURA: Seorang lelaki yang melompat keluar daripada sebuah bas mini di East Coast Parkway (ECP) sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, didakwa pada Jumaat (10 Nov) kerana menyebabkan kecederaan yang teruk dengan melakukan perbuatan terburu-buru.
Eldaniz Ibishov, seorang warga Russia berusia 38 tahun, melompat keluar daripada kenderan yang bergerak itu sebelum jalan keluar menuju ke Lebuh Raya Kallang-Paya Lebar sekitar jam 11.04 pagi pada Rabu, menurut dokumen mahkamah.
Ini menyebabkan sebuah lori berhampiran terhenti dan seorang penunggang motosikal Muhammad Nurhilmi Atas, 27 tahun, merempuh bahagian belakang lori. Nurhilmi, yang mengalami beberapa kecederaan, dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia lewat hari itu.

Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa Ibishov melompat keluar daripada bas mini itu.
Dia diperintahkan untuk direman di Institut Kesihatan Mental bagi pemeriksaan kesihatan, dan kesnya akan dibicarakan semula di mahkamah pada 24 November.
Mereka yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah dengan melakukan perbuatan terburu-buru boleh dipenjara sehingga empat tahun, denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.