Skip to main content

Singapura

Lelaki didakwa kerana lawat teman jalani SHN di hotel

Seorang lelaki berusia 20 tahun akan didakwa pada Jumaat (18 Jun) setelah dia melawat seorang teman yang sedang menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di sebuah hotel.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa kerana lawat teman jalani SHN di hotel

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 18 Jun 2021 02:21PM Dikemas Kini : 18 Jun 2021 02:22PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun akan didakwa pada Jumaat (18 Jun) setelah dia melawat seorang teman yang sedang menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di sebuah hotel.

Sow Kaiser dituduh bersubahat dalam pelanggaran syarat SHN bagi seseorang yang sedang menjalani notis itu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media.

Sow juga akan didakwa kerana menceroboh masuk ke dalam premis kemudahan khusus itu.

Pada 28 Nov tahun lalu pada kira-kira pukul 3.00 petang, Sow melawat temannya yang sedang menjalani notis SHN di sebuah kemudahan khusus. Dia meluangkan masa selama sejam di bilik hotel itu sebelum beredar dari situ, menurut ICA.

Sow didakwa menaiki lif lalu memasuki kawasan larangan di hotel itu sebelum menaiki lif perkhidmatan untuk ke bilik temannya.

Pengawal keselamatan hotel itu kemudian ternampaknya namun meninggalkan hotel tersebut sebelum dapat ditahan, menurut ICA.

"Bagi melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat, setiap orang harus memainkan peranan dan mematuhi syarat-syarat SHN," menurut ICA.

Mereka yang didapati bersalah di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit 2020 (COVID-19 - Arahan Jangan Keluar Rumah) boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menceroboh pula, Sow boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali jika dia didapati bersalah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita