Skip to main content

Singapura

Lelaki didakwa kerana hantar ancaman bom palsu ke akaun Instagram Singapore Motorshow

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa kerana hantar ancaman bom palsu ke akaun Instagram Singapore Motorshow

Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapore. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Isnin (15 Jan) kerana menghantar ancaman bom plasu kepada akaun Instagram Singapore Motorshow semasa acara tersebut sedang berlangsung.

Cheng Yuan Kang, 23 tahun, dikenakan satu tuduhan di Mahkamah Negara kerana menghantar maklumat palsu tentang perkara berbahaya.

Kertas tuduhannya menyatakan bahawa pada Sabtu (13 Jan), sekitar pukul 11.49 pagi, Cheng berada di Pusat Konvensyen Suntec City apabila dia menghantar mesej: "Eurokars akan dimusnahkan tidak lama lagi dengan bom" ke akaun Instagram Singapore Motorshow.

Singapore Motorshow 2024, ialah acara permotoran terkemuka yang dihadiri pengedar dan peniaga dan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec dari 11 Januari hingga 14 Januari.

Cheng sedar bahawa kata-katanya adalah palsu.

Dia ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan perubatan dan akan kembali ke mahkamah pada 29 Januari.

Jika didapati bersalah menyampaikan maklumat palsu tentang perkara berbahaya, Cheng boleh didenda sehingga S$50,000 atau dipenjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita