Lelaki didakwa kerana bakar mercun di padang terbuka berhampiran Novena
Seorang lelaki berusia 39 tahun didakwa pada Khamis (23 Okt) kerana membakar mercun di sepanjang sebuah padang terbuka berhampiran Novena pada minggu lalu.
Padang terbuka di sepanjang Carlisle Road. (Gambar: Google Street View)
This audio is generated by an AI tool.
Pada 18 Oktober lalu, Dilip Kumar Nirmal Kumar didakwa menyalakan mercun di padang terbuka di Carlisle Road, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Pistol, bahan Letupan dan Senjata 2021.
Padang tersebut terletak antara Carlisle Road, Norfolk Road dengan Cambridge Road, dan ia dibiarkan kosong sejak Sekolah Rendah Cambridge berpindah lebih 25 tahun lalu, menurut Anggota Parlimen kawasan berkenaan, Encik Alvin Tan.
Tender bagi tanah itu sudah dianugerahkan kepada Kelab Ragbi Tanglin pada Ogos tahun lalu.
Kes itu timbul selepas satu rakaman video yang memaparkan mercun dibakar di kawasan itu dimuat naik online.
Polis mengesahkan pada ketika itu bahawa sebuah aduan sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Dilip, yang hadir ke mahkamah pada Khamis melalui pautan video, akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 20 November.
Hukuman bagi penggunaan bahan letupan terlarang tanpa kebenaran adalah penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga S$100,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.