Skip to main content

Singapura

Lelaki didakwa edar 33 pod vape etomidate berhampiran poliklinik

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa edar 33 pod vape etomidate berhampiran poliklinik

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 02 Oct 2025 02:22PM Dikemas Kini : 02 Oct 2025 02:23PM
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Khamis (2 Okt) kerana mengedar dadah terkawal Kelas C dengan memiliki 33 pod vape yang mengandungi etomidate.

Heng Yong Qin, seorang warga Singapura berusia 36 tahun, dikenakan satu pertuduhan mengedar pod tersebut sekitar pukul 12.45 tengah hari pada 30 Sep di tempat letak kereta di luar Poliklinik Khatib.

Pod tersebut dianalisis dan didapati mengandungi etomidate, iaitu ubat bius yang biasa ditemui dalam alat vape dan disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah sejak 1 Sep.

Hukuman yang lebih berat untuk pengguna dan pembekal vape juga dikuatkuasakan mulai tarikh yang sama.

Mahkamah diberitahu bahawa dua lagi pertuduhan yang dikaitkan dengan Heng dimasukkan secara silap.

Heng ditahan reman dan dibenarkan ikat jamin sebanyak S$50,000. Dia muncul melalui pautan video dengan apa yang kelihatan seperti pembalut putih di dagunya.

Pihak pendakwa memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan.

Menurut pertuduhan tersebut, Heng berada dalam tempoh peringanan hukuman dari 17 Jun 2025 hingga 16 Jun 2027 ketika dia didakwa melakukan kesalahan tersebut.

Oleh itu, dia boleh dikenakan hukuman penjara tambahan tidak melebihi baki tempoh baki peringanan hukuman iaitu 625 hari.

Jika disabitkan kesalahan, dia menghadapi hukuman penjara minimum dua tahun dengan dua sebatan, dan maksimum 10 tahun penjara dengan lima sebatan.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita