Lelaki didakwa di bawah POFMA atas kenyataan palsu dalam video TikTok
Seorang lelaki berusia 59 tahun didakwa pada Rabu (11 Mac) kerana menyampaikan kenyataan fakta yang palsu, dalam apa yang dipercayai merupakan pendakwaan jenayah pertama di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) sejak ia berkuat kuasa pada 2019.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun didakwa pada Rabu (11 Mac) kerana menyampaikan kenyataan fakta yang palsu, dalam apa yang dipercayai merupakan pendakwaan jenayah pertama di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) sejak ia berkuat kuasa pada 2019.
Jay Ish'haq Rajoo turut didakwa memfitnah Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat, serta cuba menggalakkan perasaan tidak menyenangkan antara kumpulan kaum yang berbeza atas dasar perkauman berhubung video yang dimuat naiknya di TikTok.
Menurut dokumen mahkamah, Rajoo didakwa memfitnah Encik Lee dalam video TikTok yang dimuat naik pada 3 Ogos 2023.
Dalam video tersebut, Rajoo didakwa memberi gambaran bahawa pencalonan Encik Lee terhadap mantan peguam peribadinya, Lucien Wong, sebagai Peguam Negara menunjukkan amalan nepotisme dan konflik kepentingan, menurut dokumen mahkamah.
Pada Julai 2023 dan Ogos 2023, Rajoo memuat naik video TikTok yang mengandungi kenyataan tidak benar berhubung kerahsiaan undi, dasar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta kemampuan memiliki flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Pejabat POFMA dan polis mengeluarkan beberapa amaran bersyarat selama 24 bulan kepadanya pada 2024 kerana gagal mematuhi arahan pembetulan sebelum ini.
Di bawah amaran bersyarat tersebut, Rajoo perlu mengawal diri daripada melakukan kesalahan jenayah dalam tempoh yang ditetapkan.
Dia didakwa melanggarnya menerusi satu video TikTok tahun lalu.
CATATAN TIKTOK PADA 2025
Dalam video TikTok pada 26 Ogos 2025, Rajoo mendakwa, Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat mengumumkan bahawa pemerintah akan menyediakan wang dan sumber untuk menarik rakyat China ke Singapura, selain membimbing mereka untuk memegang jawatan kepimpinan.
Dia juga mendakwa pemerintah hanya menggunakan wang dan sumbernya untuk membimbing pemimpin daripada kaum Cina.
Dia kemudian dikenakan satu lagi arahan POFMA pada September 2025 berhubung video TikTok tersebut.
Memandangkan dia melanggar amaran bersyarat kerana dipercayai melakukan kesalahan berkaitan video TikTok tersebut, Rajoo kini berdepan tuduhan berhubung video yang dimuat naiknya pada 2023, menurut polis dan Pejabat POFMA pada Selasa.
Rajoo memaklumkan pada Rabu bahawa dia berhasrat untuk mendapatkan khidmat seorang peguam. Dia akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 8 April.
Individu yang sabit kesalahan menyampaikan kenyataan fakta yang palsu boleh dihukum denda sehingga S$50,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang sabit kesalahan memfitnah boleh dihukum denda, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang sabit kesalahan cuba menggalakkan perasaan tidak menyenangkan antara kumpulan kaum yang berbeza atas dasar perkauman boleh dihukum denda, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.