Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa dera 5 kucing; buang dari blok HDB, pijak hingga mati

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berdepan tuduhan mendera lima ekor kucing termasuk membuang dua daripadanya dari blok-blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan memijak leher seekor kucing, lalu menyebabkan ia maut.

Barrie Lin Pengli, 30 tahun kembali ke mahkamah pada Rabu (1 Feb) bagi menghadapi tuduhan-tuduhannya.

Dia mempunyai lima tuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung bagi pelbagai jenis kekejaman haiwan yang dilakukannya terhadap lima ekor kucing tersebut di Ang Mo Kio antara April 2020 dan Disember 2021.

Pada Rabu (1 Feb), dia memberitahu mahkamah tersebut bahawa Institut Kesihatan Mental (IMH) memerlukan laporan pakar psikiatri swasta sebelum IMH dapat memberikan laporan forensik.

Lim keluar dengan ikat jamin S$5,000 dan akan kembali ke mahkamah pada Mac nanti.

Hukuman bagi kesalahan melakukan kekejaman haiwan di bawah Akta Haiwan dan Burung adalah tempoh penjara sehingga 18 bulan, denda sehingga S$15,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan