Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa dengan tuduhan membunuh dalam kes tikaman maut koridor blok Sumang Walk

Seorang lelaki berusia 43 tahun pada Jumaat (16 Jul) didakwa dengan tuduhan membunuh seorang lelaki yang berusia tiga tahun lebih tua daripadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa dengan tuduhan membunuh dalam kes tikaman maut koridor blok Sumang Walk

Kereta polis di Blok 326A Sumang Walk pada 14 Julai 2021. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 01:26PM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 01:27PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun pada Jumaat (16 Jul) didakwa dengan tuduhan membunuh seorang lelaki yang berusia tiga tahun lebih tua daripadanya.

Heng Boon Chai didakwa dengan satu tuduhan membunuh Encik Kim Wee Ming pada kira-kira pukul 3.00 petang pada Rabu (14 Jul). Dia dituduh menikam mangsa di koridor tingkat enam Blok 326A Sumang Walk.

Hakim meluluskan permohonan pendakwa untuk menahan reman tertuduh bagi pemantauan psikiatri dan kes ditunda sehingga bulan depan.

Polis sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika mangsa ditikam dan menemui mangsa terbujur di luar flat dengan beberapa kesan tikaman.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan awal menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki itu saling mengenali satu sama lain.

Jika didapati bersalah kerana membunuh, Heng boleh dikenakan hukuman mati. Ini merupakan kes pertama daripada dua kes pembunuhan dalam minggu yang sama. Sehari selepas kejadian itu, seorang wanita dituduh membunuh seorang lelaki yang lebih tua daripadanya di Ang Mo Kio menyusuli satu pertengkaran.

Dia juga akan didakwa atas tuduhan membunuh pada Jumaat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan