Lelaki didakwa dedah alat sulit kepada anak kapal dalam penerbangan ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pesawat-pesawat yang sedang beratur untuk mendarat di sebuah lapangan terbang. (Gambar fail: AP/Alastair Grant)
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (12 Mac) atas kesalahan pendedahan secara seksual dalam penerbangan ke Singapura, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (8 Mac).
Pada 23 Januari lalu, polis dimaklumkan kepada satu kejadian di mana seorang lelaki dipercayai mendedahkan alat sulitnya kepada seorang anak kapal ketika dalam penerbangan.
Siasatan mendapati lelaki itu dipercayai membuka zip seluarnya ketika berada di tempat duduk, lalu menutup dirinya dengan selimut.
Dia kemudian menghidupkan mod rakaman video pada telefon bimbit sebelum meletakkan peranti itu berhampiran.
Ketika dihampiri oleh seorang anak kapal untuk dihidangkan makanannya, lelaki itu dipercayai menanggalkan selimut itu lalu mendedahkan alat sulitnya kepada mangsa.
Mangsa segera melaporkan tindakan lelaki itu kepada penyelianya.
Sebaik sahaja pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Changi, lelaki itu segera diberkas oleh para pegawai Divisyen Polis Lapangan Terbang.
Telefon bimbit lelaki itu turut dirampas untuk siasatan.
Bagi kesalahan pendedahan secara seksual, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingg setahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Polis mengambil pendirian tegas terhadap para pesalah seksual yang melakukan perbuatan kurang sopan yang boleh mencetuskan rasa cemas, tertekan dan gangguan terhadap orang lain, sama ada dalam penerbangan atau di khalayak ramai.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.