Lelaki didakwa curi tumbuh-tumbuhan bernilai lebih S$1,400 dari blok Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa pokok yang dicuri. (Foto: SPF)
SINGAPORE: Seorang lelaki didakwa mencuri beberapa tumbuhan berpasu, termasuk enam pokok bonsai, dan barangan lain pada Khamis (12 Jun).
Lee De Yuan, 42 tahun, dikatakan telah mencuri 18 pokok dalam pasu, dua rak tumbuhan dan tiga pasu bunga, bernilai S$1,514, pada awal pagi antara 5 Jun dan 8 Jun, 2025.
Barangan yang didakwa dicurinya adalah:

- Dua pokok bonsai lohansong besar bernilai S$388 setiap satu
- Dua pokok bonsai lohansong kecil bernilai S$68 setiap satu
- Dua kaktus dalam pasu bernilai S$58 setiap satu
- Tiga pokok 'fu gui' bernilai S$58 setiap satu
- Dua pokok 'camelia' bernilai S$38 setiap satu
- Satu pokok 'long song' bernilai S$38
- Empat pokok buluh bernilai S$18 setiap satu
- Dua pokok bonsai han bernilai S$18 setiap satu
- Tiga pasu bunga emas bernilai S$18 setiap satu
- Dua rak putih bernilai S$18 setiap satu
Pihak polis menyatakan dalam kenyataan medianya bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai beberapa kes curi pokok dalam pasu di sebuah blok di Yishun Avenue 11.
Dengan bantuan imej dari kamera polis dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pegawai polis telahpun mengenal pasti identiti Lee dan menangkapnya pada Selasa (10 Jun).
Barangan yang dicuri telah ditemui semula.
Kes Lee akan dibicarakan di mahkamah pada 19 Jun.
Jika sabit kesalahan mencuri, Lee boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.