Skip to main content

Singapura

Lelaki didakwa curi sekitar S$31,000 daripada penumpang dalam penerbangan Scoot Vietnam-SG

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa curi sekitar S$31,000 daripada penumpang dalam penerbangan Scoot Vietnam-SG

Pesawat di Lapangan Terbang Changi pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Seorang lelaki disyaki mencuri kira-kira S$31,000 daripada tiga penumpang semasa perbangan Scoot dari Vietnam ke Singapura.

Zhang Xiuqiang, seorang warga China berusia 52 tahun, dikenakan tiga tuduhan mencuri di mahkamah daerah pada Isnin (18 Dis), dibaca bersama Akta Konvensyen Tokyo bagi kesalahan dalam pesawat kawalan Singapura.

Menurut kertas pertuduhan, Zhang mencuri daripada tiga orang antara 9.30 pagi dan 12.30 tengah hari pada 16 Dis, ketika dalam penerbangan Scoot TR305.

Penerbangan tersebut sedang dalam perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh City ke Lapangan Terbang Changi.

Zhang disyaki mencuri wang tunai sebanyak S$50 dan 510 juta dong (S$28,000) dari sebuah beg berwarna hitam milik Tan Chin Kwang.

Dia juga disyaki mengambil AS$1,000 (S$1,333) dan S$930 dari sekeping sampul surat dalam beg berwarna kelabu yang dimiliki Park Sanggu, dan S$600 dan 3 juta dong (S$168) dari beg galas kepunyaan seorang individu bernama Lim Janus.

Zhang ditahan reman bagi siasatan dan akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 22 Dis.

Jika sabit kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita