Lelaki didakwa curi jam tangan mewah bernilai S$1.6 juta
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pasukan Polis Singapura
SINGAPURA: Seorang jurujual yang disyaki mencuri beberapa jam tangan mewah bernilai S$1.6 juta dari tempat kerjanya di sebuah kedai jam di Orchard Road, akan didakwa di mahkamah pada Isnin (22 Mei).
Lelaki berusia 26 tahun itu juga didakwa mengggelapkan sejumlah besar wang yang diserahkan kepadanya oleh individu yang membeli jam tangan mewah.
Dia diberkas selepas satu aduan polis dibuat pada Sabtu (20 Mei).
Siasatan polis mendapati lelaki itu menerima bayaran daripada mangsa antara September tahun lalu hingga Mei tahun ini.
Dia juga disyaki ke pajak gadai untuk menggadai jam-jam tangan yang dipercayai dicurinya itu.
Polis sudah memperolehi semula 23 jam tangan bernilai S$900,000 keseluruhannya.
Lelaki itu akan didakwa atas kesalahan pecah amanah jenayah oleh seorang pekerja,
iaitu satu kesalahan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.