Lelaki didakwa curi 112 komputer riba dari Pusat Barah Nasional Singapura
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SPF
SINGAPURA: Salah seorang daripada dua lelaki yang disyaki mencuri 112 komputer riba daripada Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) didakwa di mahkamah pada Khamis (30 Mac) atas kesalahan pecah masuk dan mencuri.
Mohamed Shahrizal Shaik Mohamed, 30 tahun, dan seorang lagi suspek, Muhammad Fairuz Jasni, yang akan didakwa pada Jumaat (31 Mac), ditahan awal minggu ini, menurut polis pada Rabu (29 Mac).
Menurut kertas tuduhan, kedua-dua lelaki memecah masuk NCCS pada Sabtu (25 Mac) antara pukul 1.42 tengah hari dengan 5.13 petang dan mencuri 112 komputer riba Lenovo ThinkPad T14. Komputer riba itu bernilai S$1,088 setiap satu, dengan nilai keseluruhan S$112,856.
Kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 37 tahun itu ditahan pada Isnin (27 Mac) dan Selasa (28 Mac).
Polis turut menemui 40 komputer riba dan wang tunai sebanyak S$16,000.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.