Lelaki didakwa cuba rampas pistol pegawai polis tambahan di CGH
Anggaran Waktu Membaca:
Hospital Besar Changi (CGH). (Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa pada Selasa (6 Ogos) atas percubaan memiliki senjata secara haram selepas dia cuba merampas sepucuk revolver daripada seorang pegawai polis tambahan.
Goh Chuan Chong disyaki melakukan kesalahan tersebut pada Ahad pada kira-kira pukul 5.40 petang di sebuah wad di Hospital Besar Changi (CGH).
Menurut kertas mahkamah, Goh "menghulurkan tangan (nya) untuk merampas revolver berkenaan" yang disimpan dalam sarung yang dipasang pada tali pinggang utiliti Encik Abraham Lincoln, seorang pegawai polis tambahan dari Polis Tambahan Certis Cisco.
Goh didakwa di Bilik Pendaftaran Jenayah Mahkamah, yang tidak dibuka kepada orang ramai, dan ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani pemeriksaan perubatan.
Dia dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 20 Ogos nanti.
Mana-mana pesalah kali pertama yang didapati bersalah memiliki secara haram mana-mana senjata, boleh dipenjara antara lima dengan 10 tahun, dan juga dikenakan minimum enam sebatan rotan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.