Lelaki didakwa ceroboh tandas Sentosa cabul kehormatan wanita pada Tahun Baru
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Istock)
SINGAPURA: Pada awal pagi hari Tahun Baru, seorang lelaki didakwa menceroboh masuk ke dalam sebuah tandas wanita di Sentosa, menolak seorang wanita ke dalam sebuah bilik tanda lalu mencabuli kehormatannya.
Subramanian Muralimanogarjoshi, 25 tahun, didakwa pada Isnin (2 Jan) dengan satu tuduhan bagi pencerobohan jenayah dan pencabulan kehormatan dengan secara salah menahan seseorang.
Menurut kertas pertuduhan, Subramanian menceroboh masuk ke dalam tandas tersebut di Pantai Siloso sekitar pukul 2.55 pagi pada 1 Januari dengan niat untuk melakukan kesalahan tersebut.
Dia didakwa menolak seorang wanita ke dalam sebuah bilik tandas, mengunci pintu lalu meraba payudara mangsa.

Polis dimaklumkan mengenai kes tersebut sekitar setengah jam selepas itu.
Suspek, seorang warga India, dikenal pasti dan diberkas dalam tempoh dua jam.
Subramanian ditahan reman pada Isnin dan kesnya ditangguh ke 30 Januari.
Bagi kesalahan pencerobohan jenayah, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,500 atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan pencabulan kehormatan dengan secara salah menahan seseorang, dia boleh dipenjara antara tiga dan 10 tahun dan disebat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.