Lelaki didakwa ceroboh rumah wanita dan merogolnya selepas bertemu di ruang KTV
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Seorang lelaki 47 tahun menceroboh ke dalam rumah seorang wanita dan merogolnya selepas bertemu dengannya buat kali pertama di sebuah pusat karaoke.
Selepas merogolnya, Yap Pow Foo menawarkan wanita tersebut S$50,000 dan berkata akan menikahinya. Yap mempertikaikan tuduhan itu semasa perbicaraan dijalankan tetapi Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah atas kedua-dua tuduhan.
Dalam penghakiman yang bertarikh Isnin (16 Jan), Hakim Tan Siong Thye membentangkan sebab-sebab keputusannya.
Pada 29 Januari, mangsa 39 tahun berada di pusat KTV di Bugis bersama beberapa rakannya untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Yap menyertai mereka pada lewat malam dan memandu mangsa serta rakan lain dari kumpulan itu pulang ke rumah sekitar pukul 12.45 pagi pada 30 Januari, 2017.
Mangsa berada dalam keadaan sangat mabuk dan diturunkan terlebih dahulu, tetapi Yap kembali ke apartmen mangsa selepas menghantar rakan-rakan yang lain.
Dia menggunakan lidi sate yang ditemuinya di tong sampah dan mengambil kunci yang dimasukkan melalui ruang di bawah pintu.
Dia merogol mangsa di bilik tidurnya. Mangsa menghubungi polis sekitar 15 minit selepas Yap meninggalkan rumahnya.
Apabila polis tidak tiba dengan segera, mangsa membuat panggilan sebanyak enam kali. Hakim Tan berkata panggilan yang dibuat berulang kali itu menunjukkan bahawa mangsa berada dalam keadaan cemas.
KES PEMBELA
Bukti dalam bentuk rakaman kamera litar tertutup, butiran panggilan dan bukti perubatan menyokong dapatan bahawa mangsa berada dalam keadaan sangat mabuk, kata Hakim Tan.
Hakim Tan juga mendapati keterangan daripada mangsa adalah konsisten dan mendapati mangsa sebagai saksi yang jujur dan berterus terang.
"Ia benar bahawa mangsa mempunyai kisah silam yang tidak baik, kerana pernah melakukan sumpah bohong ketika satu prosiding berkenaan perkahwinan palsu," kata Hakim Tan.
Ini merujuk kepada kes sebelum ini, di mana mangsa merupakan saksi bagi prosiding kes berkenaan perkahwinan palsu.
"Bagaimanapun, dalam kes ini, kredibilitinya tidak terjejas," tambah Hakim.
Yap akan dijatuhi hukuman pada tarikh yang akan ditetapkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.