Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa bunuh wanita di gerai Pusat Penjaja Maxwell

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 41 tahun pada Ahad (8 Sep) didakwa membunuh seorang wanita berusia 48 tahun di Pusat Penjaja Maxwell.

Wu Tao didakwa melakukan jenayah itu di dalam sebuah gerai penjaja bernama Dao Xiang Ju, antara pukul 10.25 malam dan 10.53 malam pada Jumaat.

Lelaki warga China yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura itu diberkas pada sekitar pukul 1.30 pagi semalam di Pusat Polis Kejiranan Bukit Merah East di mana dia memberitahu para pegawai polis bahawa dia telah menikam seorang wanita.

Mangsa, Tan Kamonwan, yang berusia 48 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua pihak mengenali satu sama lain.

Lelaki itu diarahkan supaya direman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi untuk pemeriksaan kesihatan dan dijadual kembali ke mahkamah pada 27 Sep.

Dia berdepan hukuman mati jika didapati bersalah kerana membunuh.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan