Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa bunuh wanita 67 tahun di Ang Mo Kio

Seorang lelaki berusia 66 tahun pada Sabtu (30 Nov) didakwa di mahkamah kerana dipercayai membunuh seorang wanita yang ditemui mati dalam sebuah flat di Ang Mo Kio pada Jumaat (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa bunuh wanita 67 tahun di Ang Mo Kio

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 30 Nov 2024 11:17AM Dikemas Kini : 30 Nov 2024 11:18AM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 66 tahun pada Sabtu (30 Nov) didakwa di mahkamah kerana dipercayai membunuh seorang wanita yang ditemui mati dalam sebuah flat di Ang Mo Kio pada Jumaat (29 Nov).

Warga Singapura Ng Chen Heng dituduh menyebabkan kematian Lim Suan Lian, 67 tahun, pada antara 27 dengan 29 November di Blok 125 Ang Mo Kio Avenue 6.

Dia diberkas di tempat kejadian.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu pada kira-kira 1.25 pagi semalam (29 Nov).

Semasa Mediacorp tiba di tempat kejadian pada 1.05 tengah hari, terdapat kertas berwarna kuning dilihat di jeriji tingkap flat yang menyatakan bahawa unit tersebut telah dikunci oleh polis untuk menjalankan siasatan.

Jiran tetangga flat berkenaan menyatakan suspek sering kali kedengaran bertengkar dengan mangsa dan tidak dibenarkan memasuki rumah itu.

Jiran sebelah rumah mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Rahimah memberitahu Mediacorp bahawa beliau beberapa kali menghubungi polis kerana pertengkaran menjadi terlalu "serius".

Hukuman bagi kesalahan membunuh adalah hukuman mati.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan