Lelaki didakwa bunuh penyewa tinggal sebumbung dengannya di Redhill direman lanjut bagi penilaian psikiatrik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Leonard Leong/TODAY
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun, yang didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki berumur 61 tahun, dilanjutkan tempoh remannya selama tiga minggu bagi penilaian psikiatrik.
Dia didakwa membunuh mangsa yang tinggal sebumbung dengannya itu di Redhill Close pada bulan lalu.

Tertuduh, Ng Boon Hong, tampil di mahkamah pada Khamis (6 Apr) melalui pautan video dan bercakap menerusi seorang jurubahasa Mandarin. Dia tidak diwakili seorang peguam.
Mahkamah mengarahkan sebutan kesnya sekali lagi pada 27 April.
Ng didakwa mengakibatkan kematian Ang Cheng Kek antara pukl 11.00 malam pada 15 Mac dengan pukul 2.00 pagi pada 16 Mac di sebuah unit di Blok 90 Redhill Close, menurut dokumen mahkamah.
Dokumen mahkamah tersebut tidak menyatakan bagaimana pembunuhan yang dipercayai berlaku itu dilakukan.
Ng dikenakan tuduhan membunuh pada 18 Mac. Di perbicaraan tersebut, seorang hakim daerah mengarahkan agar dia ditahan reman selama tiga minggu untuk menjalani pemeriksaan psikiatrik di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi.
Ng diberkas polis sehari sebelum itu di kawasan flat sewa tersebut.
Polis menyatakan dalam satu kenyataan pada 17 Mac bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada jam 10.50 pagi.
Setibanya di tempat kejadian, para pegawai polis menemui Ang terbujur kaku dengan beberapa kecederaan di dalam flat tersebut.
Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik.
Apabila Mediacorp mengunjungi tempat kejadian pada 17 Mac, kesan kasut berdarah kelihatan sepanjang 10 meter di koridor di luar flat, tetapi kebanyakannya dilihat di luar flat di mana mayat tersebut ditemui.
Mediacorp difahamkan berlaku pertikaian antara kedua-dua penyewa rumah itu.
Jika didapati bersalah membunuh, Ng akan berdepan dengan hukuman mati.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.