Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa bunuh isterinya di kondominium Buangkok

Seorang lelaki didakwa di mahkamah hari ini (4 Jan) atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah kondominium di Buangkok semalam (3 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa bunuh isterinya di kondominium Buangkok

Paul Leslie Quirk dikenakan satu tuduhan membunuh. (Gambar: Facebook/Paul Quirk)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 12:17PM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 12:21PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa di mahkamah hari ini (4 Jan) atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah kondominium di Buangkok semalam (3 Jan).

Paul Leslie Quirk dikenakan satu tuduhan membunuh di unit tingkat tiga Esparina Residences pada sekitar 12.07 tengah hari semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu, yang kerakyatannya tidak dinyatakan pada kertas pertuduhan, didakwa menyebabkan kematian Cik Christina Khoo Gek Hwa, 43 tahun.

Quirk, yang memakai baju berwarna merah dan tangannya digari, tidak menunjukkan sebarang emosi semasa prosiding singkat itu.

Pihak pendakwa meminta agar Quirk ditahan reman di pusat perubatan Penjara Changi bagi menjalani pemantauan psikiatrik.

Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan mengarahkan agar dia ditahan reman selama tiga minggu dan dihadapkan semula ke mahkamah pada 24 Januari.

Menurut pihak polis dalam kenyataannya pada Jumaat, ia menerima panggilan meminta bantuan di sebuah unit di kondominum Esparina Residences pada sekitar waktu tengah hari.

Seorang wanita berusia 43 tahun dijumpai tidak sedarkan diri dalam unit tersebut dan kemudian disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Jika sabit kesalahan membunuh, Quirk boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan