Lelaki didakwa buat ancaman pengganas palsu di Gereja St Joseph, Bukit Timah
Seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun yang diberkas selepas satu objek mencurigakan ditemui di Gereja St Joseph di Bukit Timah didakwa pada Isnin (22 Dis) kerana membuat ancaman pengganas palsu.
Anggaran Waktu Membaca:
- Kokulananthan Mohan didakwa atas kesalahan di bawah Peraturan 8(2)(a) Peraturan Akta Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-langkah Anti-keganasan).
- Menurut kertas pertuduhan, dia dituduh meletakkan tiga gulungan kadbod “berisi batu-batu kecil dan wayar berwarna merah yang terjulur, diikat menggunakan pita pelekat hitam dan kuning” di dalam gereja itu pada pukul 7.11 pagi pada Ahad.
- Siasatan awal menunjukkan lelaki itu dipercayai mereka-reka kejadian tersebut dengan meletakkan satu objek buatan sendiri yang menyerupai alat letupan buatan sendiri di dalam kawasan gereja.
- Selepas pemeriksaan menyeluruh, objek yang menyerupai alat letupan buatan sendiri itu disahkan pada pukul 10.40 pagi sebagai tiga gulungan kadbod dan wayar yang dililit dengan pita hitam tanpa sebarang bahan letupan.
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun yang diberkas selepas satu objek mencurigakan ditemui di Gereja St Joseph di Bukit Timah didakwa pada Isnin (22 Dis) kerana membuat ancaman pengganas palsu.
Kokulananthan Mohan didakwa atas kesalahan di bawah Peraturan 8(2)(a) Peraturan Akta Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-langkah Anti-keganasan).
Menurut kertas pertuduhan, dia dituduh meletakkan tiga gulungan kadbod “berisi batu-batu kecil dan wayar berwarna merah yang terjulur, diikat menggunakan pita pelekat hitam dan kuning” di dalam gereja itu pada pukul 7.11 pagi pada Ahad.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan niat menyebabkan seorang individu, Richard Lee Leong Hee, mempercayai secara palsu bahawa objek tersebut berkemungkinan meletup atau menyala dan seterusnya mengakibatkan kecederaan peribadi atau kerosakan pada harta benda.
“Siasatan awal menunjukkan lelaki itu dipercayai mereka-reka kejadian tersebut dengan meletakkan satu objek buatan sendiri yang menyerupai alat letupan buatan sendiri di dalam kawasan gereja,” menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin.
“Dia dipercayai bertindak bersendirian dan setakat ini tiada bukti menunjukkan bahawa ia bermotifkan agama atau satu tindakan pengganasan.”
Dia direman selama tiga minggu untuk penilaian psikiatri.
Jika sabit kesalahan, dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$500,000, atau kedua-duanya sekali.
APA YANG BERLAKU
Gereja di Upper Bukit Timah Road itu dikosongkan pada pagi Ahad selepas polis menerima panggilan meminta bantuan pada pukul 7.10 pagi berhubung satu objek yang mencurigakan.
Apabila polis tiba, lelaki berusia 26 tahun itu berkata dia menemui satu objek mencurigakan di dalam longkang dalam kawasan gereja tersebut.
“Kemudian, dia membataskan pergerakannya dan memegang objek mencurigakan tersebut,” menurut polis dalam satu kemas kini di Facebook pada petang Ahad.
Suspek kemudian ditahan di bawah Peraturan 8(2)(a) Peraturan Akta Bangsa-Bangsa Bersatu (Langkah-langkah Anti-keganasan).
Bagi menjaga keselamatan awam, polis mengawal kawasan tersebut sementara premis dikosongkan. Polis juga mengerahkan Kumpulan Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk menjalankan penilaian lanjut.
“Selepas pemeriksaan menyeluruh, objek yang menyerupai alat letupan buatan sendiri itu disahkan pada pukul 10.40 pagi sebagai tiga gulungan kadbod dan wayar yang dililit dengan pita hitam tanpa sebarang bahan letupan. Ia kemudian dibawa keluar dari lokasi oleh polis.
Sekatan polis di lokasi itu dibuka semula pada pukul 5.10 petang dan tiada kecederaan dilaporkan.
Semua sesi yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan. Gereja itu memaklumkan dalam satu kemas kini bahawa misa akan disambung semula “seperti biasa” mulai Isnin.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.