Lelaki didakwa buang rokok bernyala, cetuskan kebakaran di flat Tampines
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/SCDF
SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada Isnin (12 Dis) atas tuduhan menyebabkan kebakaran dengan membuang sebatang rokok bernyala di lantai yang ada minyak tanah.
Loh Fu Wah, 63 tahun, dikenakan satu tuduhan menyebabkan kebakaran di Blok 941, Tampines Avenue 5, pada 28 Januari tahun ini.
Dia dituduh membuang sebatang rokok yang bernyala di lantai sebuah bilik tidur apabila terdapat minyak tanah di atas lantai itu, menurut dokumen tuduhan. Kebakaran yang berlaku memusnahkan flat di tingkat 10 blok berkenaan dan koridor di luar flat itu.
Menurut catatan Facebook oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 29 Januari lalu, para anggota bomba bertindak balas untuk memberikan respons kepada insiden itu dan mendapati api kebakaran sedang marak setibanya mereka di tempat kejadian.
Api tersebut "memusnahkan sepenuhnya sebuah unit dua tingkat di tingkat 10 itu", menurut SCDF.
Para anggota bomba memecah masuk ke dalam bilik tidur dan mendapati seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di atas lantai. Mereka menyelamatkan lelaki berkenaan dari unit yang terbakar itu dan mangsa dibawa ke Hospital Besar Changi.
Kebakaran itu juga telah menyebabkan kira-kira 180 penduduk dipindahkan.
Loh berhasrat untuk mengaku bersalah dan akan kembali ke mahkamah pada bulan depan untuk berbuat demikian.
Jika disabit bersalah menyebabkan kebakaran kerana bersikap cuai, Loh boleh dipenjarakan sehingga 18 bulan, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.