Lelaki didakwa bertindak terburu-buru setelah heret pegawai ICA ketika ditahan bagi pemeriksaan isi tangki minyak
Seorang lelaki yang memandu kenderaannya walaupun separuh tubuh seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berada dalam bahagian keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands didakwa atas tindakan terburu-buru hingga membahayakan nyawa lain pada Jumaat (30 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
Steve Ling Wei Liang tiba di Mahkamah Negara pada 4 Sep 2024. (Gambar: CNA/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang memandu kenderaannya walaupun separuh tubuh seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berada dalam bahagian keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands didakwa atas tindakan terburu-buru hingga membahayakan nyawa lain pada Jumaat (30 Jan).
Steve Ling Wei Liang, seorang warga Singapura berusia 40 tahun, ditahan kerana isi tangki minyaknya kurang sepertiga penuh, yang merupakan pelanggaran peraturan yang mewajibkan kenderaan mempunyai isi tangki minyak sekurang-kurangnya tiga perempat penuh apabila meninggalkan Singapura.
Apabila pegawai ICA itu menyuruh Ling supaya menunjukkan pasportnya, Ling memandu pergi walaupun ketika itu separuh tubuh pegawai itu berada dalam kenderaannya.
Dia mencabar tuduhan itu sewaktu perbicaraan.
Namun, Hakim Daerah Vince Gui mendapati pada Jumaat bahawa Ling bertindak terburu-buru apabila dia memijak pemecut kenderaan walaupun ketika itu separuh tubuh pegawai itu berada dalam kenderaannya.
Beliau juga mendapati Ling bertindak terburu-buru tanpa memikirkan keselamatan atau nyawa pegawai tersebut, Encik Tan Yi Loong.
Encik Tan mengalami cedera pada lutut dan hakim berkata mujur kecederaan yang dialami tidak jauh lebih teruk.
Encik Tan memberi keterangan semasa perbicaraan mengenai kejadian itu pada 12 Disember 2023, di mana beliau merupakan timbalan ketua pasukan bagi penempatannya sebagai "pegawai kereta berlepas".
Beliau berkata beliau mengingati kereta Ling yang berwarna merah dan keengganan Ling bekerjasama.
Beliau berkata Ling meminta diberikan peluang, sambil berkata "dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah", sambil menggerakkan kenderaannya ke hadapan.
Rakaman video yang dimainkan di mahkamah menunjukkan kereta hatchback berwarna merah itu meluncur ke hadapan ke arah kanan dengan Encik Tan terperangkap dalam tingkap pemandu.
Beliau bertindak mengikut nalurinya dan memegang stereng pemandu untuk menstabilkan dirinya ketika dalam keadaan cemas.
Encik Tan berkata kereta itu bergerak "seolah-olah selama-lamanya" dan "banyak perkara" bermain dalam fikirannya kerana ia bukan sesuatu yang biasa, kerana kebanyakan orang akan memberi kerjasama semasa pemeriksaan isi tangki minyak.
Ling akan dihadapkan semula ke mahkamah untuk dijatuhkan hukuman pada Mac.
Atas kesalahan bertindak terburu-buru hingga membahayakan nyawa seseorang, dia boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.