Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa berikan butiran SingPass untuk terima komisen S$1,000; sindiket haram gunakan untuk curi S$650,000

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa berikan butiran SingPass untuk terima komisen S$1,000; sindiket haram gunakan untuk curi S$650,000

(Gambar: CNA/Aqil Haziq Mahmud)

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa memberikan butiran Singpass beliau untuk S$1,000.

Akibatnya, satu sindiket jenayah membuka lima akaun bank atas namanya dan menggunakan akaun tersebut untuk pengubahan wang haram hasil jenayah yang dikaitkan dengan penipuan melibatkan lebih S$650,000.

Mohammad Rozaidi Mujiman, 26 tahun, didakwa di mahkamah pada Jumaat (9 Dis) atas satu pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer iaitu memberikan ID pengguna dan kata laluan akaun SingPassnya kepada seseorang yang dikenali sebagai "Boi".

Dia didakwa berbuat demikian untuk mendapatkan keuntungan salah dalam bentuk komisen S$1,000.

Rozaidi berhasrat untuk mengaku bersalah dan diberikan tarikh untuk berbuat demikian pada Januari.

Menurut kenyataan polis, Rozaidi membalas mesej Instagram pada Mei tahun ini.

Penghantarnya menawarkan wang tunai kepada Rozaidi sebagai pertukaran untuk butiran SingPassnya.

Rozaidi didakwa menyerahkan butirannya dan satu sindiket jenayah menggunakan butiran itu untuk mendaftarkan lima akaun bank atas namanya.

Akaun itu kemudiannya digunakan untuk pengubahan wang hasil jenayah melibatkan lebih S$650,000, menurut polis.

Jika didapati bersalah, Rozaidi boleh dipenjara sehingga tiga tahun, dikenakan denda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Polis menyatakan mereka memandang serius kesalahan sedemikian dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menolak peluang menjana wang yang kelihatan menarik dan menjanjikan pembayaran yang cepat dan mudah bagi penggunaan akaun SingPass atau akaun perbankan mereka.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan