Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa bakar langsir di Lapangan Terbang Changi, direman di IMH

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa bakar langsir di Lapangan Terbang Changi, direman di IMH

Gambar hiasan. (Gambar: PATRICK KOVARIK / AFP)

SINGAPURA: Seorang lelaki 33 tahun didakwa pada Jumaat (13 Dis) atas kesalahan membakar langsir di sebuah bilik tahanan bagi penumpang yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura, di Lapangan Terbang Changi.

Korkmaz Hasan, seorang warga Australia, berdepan satu tuduhan melakukan kesalahan dengan membakar di sebuah bilik di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada Khamis (13 Dis), kira-kira pukul 2.20 pagi.

Menurut kertas tuduhan, dia didakwa menyebabkan kerosakan bernilai kira-kira S$1,000.

Dia sudah direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan perubatan, dan akan kembali ke mahkamah pada 27 Disember.
 
Siasatan ke atas Korkmaz bagi kesalahan jenayah lain sedang dijalankan, tambah polis.

Jika didapati bersalah melakukan kesalahan dengan membakar, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan