Lelaki didakwa atas tuduhan membunuh susuli pergaduhan di Lengkok Bahru
Anggaran Waktu Membaca:
- Ng Swee Seng, 59 tahun, didakwa di Mahkamah Negara atas tuduhan membunuh selepas pergaduhan di Blok 55 Lengkok Bahru, Singapura.
- Insiden berlaku pada Isnin, apabila polis menerima panggilan kecemasan dan menemui mangsa tidak sedarkan diri di lobi lif tingkat 16.
- Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Nasional tetapi disahkan meninggal dunia, dan Ng ditahan di lokasi kejadian.
- Ng direman untuk pemeriksaan perubatan, dengan sebutan semula kes dijadualkan pada 12 Ogos, dan beliau berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun didakwa di mahkamah pada Rabu (22 Jul) atas tuduhan membunuh selepas pergaduhan yang mengorbankan seorang lelaki di Lengkok Bahru pada Isnin.
Ng Swee Seng ditahan di tempat kejadian selepas pergaduhan di Blok 55 Lengkok Bahru.
Dia didakwa atas satu pertuduhan membunuh di Mahkamah Negara.
Ng, yang hadir menerusi pautan video dan memakai baju merah, berkata melalui jurubahasa Mandarin: "Jika saya terdengar bunyi, saya akan memarahi orang."
Dia turut mendakwa bahawa dia mendengar satu suara.
Ng direman bagi menjalani pemeriksaan perubatan dan akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 12 Ogos untuk sebutan semula kes.
Polis sebelum ini menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan kira-kira pukul 4.45 petang pada Isnin.
Setibanya di lokasi, pegawai polis menemui mangsa, seorang lelaki berusia 59 tahun, dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang lobi lif di tingkat 16.
Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), namun disahkan meninggal dunia kemudian.
Ng ditahan di tempat kejadian dan siasatan awal polis mendapati kedua-dua lelaki itu saling mengenali.
Mediacorp difahamkan kedua-dua mereka terlibat dalam satu pergaduhan.
Jika sabit kesalahan membunuh, Ng boleh berdepan hukuman mati.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.