Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa atas percubaan membunuh selepas bakar mangsa di Marsiling

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa atas percubaan membunuh selepas bakar mangsa di Marsiling

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

Diterbitkan : 30 Dec 2022 10:27AM Dikemas Kini : 30 Dec 2022 10:28AM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 65 tahun didakwa pada Jumaat (30 Dis) atas percubaan membunuh lelaki berumur 37 tahun.

Tay Kheng Hock dituduh menyimbah cecair pembakar pada seorang lelaki lebih muda daripadanya dan membakarnya dengan pemetik api pada pukul 10.12 malam pada 28 Disember di Blok 210, Marsiling Crescent.

Jika perbuatan itu menyebabkan kematian lelaki tersebut, maka Tay akan didakwa atas tuduhan membunuh. Dia juga menyebabkan kecederaan pada mangsa, menurut kertas pertuduhan.

Lelaki lebih muda itu ditemui dengan kesan kelecuran apabila polis menjawab panggilan meminta bantuan di Marsiling Crescent sekitar 10.10 malam pada 28 Disember.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan sedar dan tertuduh diberkas di tempat kejadian.

Hukuman bagi percubaan membunuh, di mana kecederaan disebabkan ke atas seseorang, adalah hukuman penjara seumur hidup dan dirotan, atau dihukum penjara sehingga 20 tahun, didenda atau dirotan, atau kedua-duanya sekali.

Memandangkan tertuduh berumur 50 tahun ke atas, dia tidak boleh dirotan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan