Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki didakwa atas pembunuhan wanita 79 tahun di Toa Payoh

Seorang lelaki berusia 82 tahun didakwa atas pembunuhan seorang wanita 79 tahun pada Isnin (2 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa atas pembunuhan wanita 79 tahun di Toa Payoh

Gambar fail. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 02 Sep 2019 11:27AM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 11:29AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 82 tahun didakwa atas pembunuhan seorang wanita 79 tahun pada Isnin (2 Sep).

Pak Kian Huat, yang dikenali sebagai Pek Kiah Huat, dituduh membunuh Cik Lim Soi Moy, juga dikenali sebagai Cik Lim Kim Luan.

Menurut kertas tuduhan, insiden itu berlaku sekitar pukul 3.30 pagi di Blok 191 Toa Payoh Lorong 4 pada Ahad.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian pada hari itu menjumpai wanita lanjut usia itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam flat. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh para paramedik di tempat kejadian.

Menurut polis, tertuduh dan mangsa mengenali antara satu sama lain, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Pak akan dibawa untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhui hukuman mati. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan