Lelaki didakwa atas insiden langgar lari ragut nyawa pemandu lori tunda
Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan di Lavender Street pada 20 Ogos 2025. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki minggu lalu didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari, yang meragut nyawa seorang pemandu lori tunda (tow truck).
Pemandu lori tunda itu meninggal dunia akibat kecederaannya.
Muhammad Ashik Abdullah, 33 tahun, didakwa di mahkamah pada Rabu (27 Ogos) atas memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian serta kesalahan trafik lain berhubung kejadian yang berlaku di Lavender Street pada 20 Ogos.
Ini sedang beliau dikehendaki atas tuduhan keganasan rumah tangga yang belum selesai.
Menurut kertas tuduhan dan kenyataan polis, Muhammad Ashik memandu kereta sewa di Lavender Street menghala ke Balestier Road sekitar pukul 10.00 malam pada 20 Ogos.
Dia didakwa gagal mengawal kenderaannya dengan betul dan melencong dari lorong 1 ke 3, melanggar bahagian belakang lori tunda yang sedang menuju ke hadapan.
Impak tersebut menyebabkan lori tunda itu terbalik dan mengorbankan pemandunya, Chua Siong San, yang berusia 57 tahun.
Muhammad Ashik dituduh gagal berhenti selepas kemalangan, gagal memberi bantuan dan gagal membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
Dia juga menghadapi tuduhan melarikan diri dari tempat kejadian dengan kenderaannya, yang dipandu tanpa perlindungan insurans.
Muhammad Ashik direman bagi siasatan.
Dia menghadapi tuduhan lain yang diberikan kepadanya sebelum ini.
Ini termasuk menampar seorang wanita di sebuah flat di Woodlands, mematikan bekalan elektrik ketika wanita yang sama berada di dalam flat, membuang bingkai gambar dari tingkat lapan dan kerana gagal hadir di mahkamah pada Mei 2025.
Muhammad Ashik gagal menghadiri perbicaraan mahkamah untuk beberapa tuduhan tersebut, dan dikehendaki oleh pihak berkuasa pada masa kejadian trafik itu.
Kes tersebut ditangguhkan ke 3 September.
Atas kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, dia boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun dan diharamkan memandu.
Bagi setiap tuduhan gagal berhenti selepas kemalangan, gagal melaporkannya dan gagal memberi bantuan, dia boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan, didenda sehingga S$3,000, atau kedua-duanya sekali.
Dalam kenyataannya, polis trafik mengingatkan pemandu agar sentiasa mematuhi undang-undang trafik untuk memastikan jalan raya selamat untuk orang ramai.
Pemandu yang terlibat dalam kemalangan mesti berhenti untuk membantu, dan meninggalkan tempat kemalangan tanpa membantu adalah kesalahan jenayah, menurut polis.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.