Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dibicara atas dakwaan sebabkan kemalangan, akibatnya kaki pejalan kaki dikodong, 4 lagi cedera

Perbicaraan pemandu yang terlibat dalam kemalangan di Punggol pada Feb tahun lalu, bermula di mahkamah pada Isnin(14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dibicara atas dakwaan sebabkan kemalangan, akibatnya kaki pejalan kaki dikodong, 4 lagi cedera

Petikan gambar daripada video SG Road Vigilante.

Diterbitkan : 14 Dec 2020 10:44PM Dikemas Kini : 14 Dec 2020 10:47PM

SINGAPURA: Perbicaraan pemandu yang terlibat dalam kemalangan di Punggol pada Feb tahun lalu, bermula di mahkamah pada Isnin(14 Dis).

Nahas itu menyebabkan seorang pejalan kaki terpaksa dikodong kakinya dan mencederakan empat lagi orang.

Philip Wong Yeow Shing, 64, mempertikaikan dua tuduhan menyebabkan kecederaan teruk atau kecederaan akibat memandu secara cuai terhadap tiga pejalan kaki dan dua penumpang di dalam keretanya.

Dia dituduh mencederakan mangsa-mangsanya dengan gagal mengawal keretanya yang terbabas, naik bendul jalan lalu menyebabkan pelanggaran.

Wong sedang memandu di Punggol Central menuju ke Sumang Walk pada pagi 3 Feb tahun lalu apabila dia naik pembahagi tengah lebuh raya.

Tiga pejalan kaki berusia antara 29 hingga 58 tahun yang berdiri di bahu jalan cedera dalam pelanggaran itu.

Seorang lelaki yang menelefon polis setelah menyaksikan kemalangan itu memberi keterangan di mahkamah pada Isnin. Menurutnya, beliau nampak kereta yang dipandu laju di lorong tengah laluan tiga lorong jalan raya itu.

Pemandu kereta itu tidak memperlahankan kelajuannya meskipun setelah melanggar sebatang pokok dan atau tiga pejalan kaki berkenaan, menurut lelaki tersebut.

Apabila ditanya oleh peguam bela Satwant Singh, mengapa beliau mengambil masa 10 minit untuk menelefon polis, lelaki itu berkata beliau terfikir apa yang mungkin berlaku sekiranya kereta itu berubah haluan ke arahnya.

Perbicaraan diteruskan. Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah kerana memandu secara cuai, Wong boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya.

Jika didapati bersalah menyebabkan kecederaan akibat bertindak cuai, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan