Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas terlibat skim penipuan kerja; hanya tonton treler filem untuk raih wang

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas terlibat skim penipuan kerja; hanya tonton treler filem untuk raih wang

Tangkapan skrin aplikasi "Moviitech". (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam skim ponzi penipuan kerja yang melibatkan perbuatan meraih komisen menerusi tontonan treler filem.

Demikian menurut polis pada Rabu (6 April).

Pihak polis dimaklumkan pada 30 Mac mengenai platform baru penipuan pekerjaan, yang dipanggil 'Moviitech', di mana pencari kerja menerima mesej-mesej melalui aplikasi Telegram, Facebook, Instagram, YouTube atau iklan-iklan online yang mempromosi peluang-peluang menguntungkan dan mudah untuk mendapatkan wang, menurut polis dalam kenyataan medianya.

Portal penipuan pekerjaan itu adalah wadah online di mana para pengguna akan diberi bayaran hanya dengan menonton treler filem, dengan para pencari kerja berupaya menambah pendapatan mereka dengan mengajak lebih ramai orang supaya menyertai platform tersebut.

Para pencari kerja juga perlu mendaftar bagi akaun percuma dan membeli pelan keahlian, berharga antara $65 dengan $450, sebelum mereka mula mendapatkan komisen dengan menonton treler filem. Urus niaga akan dilaksanakan dalam bentuk pindahan wang melalui bank, menurut polis.

Semasa operasi dijalankan dari 1 hingga 5 April, Jabatan Ehwal Komersial (CAD) memberkas suspek dan lagi tiga lelaki lain, berusia antara 18 dengan 41 tahun. Mereka kini sedang membantu siasatan atas pelibatan mereka dalam penipuan itu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa syarikat itu menjalankan skim-skim penipuan dengan menggunakan strategi pemasaran berbilang peringkat, menurut polis.

Empat lelaki itu dipercayai menjalankan skim-skim tersebut menerusi iklan dan merekrut pencari kerja sebagai ahli, serta menyediakan akaun-akaun bank untuk memindah wang haram. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Pihak polis menasihatkan para pencari kerja agar berhati-hati dengan iklan pekerjaan online yang menjanjikan kemudahan bekerja dari rumah dan dibayar gaji lumayan bagi pekerjaan yang mudah.

Sumber : CNA/KF/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan