Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas susuli kematian pekerja warga India di tapak binaan kondo Tengah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 45 tahun diberkas menyusuli kematian di tapak binaan Tengah pada Selasa (13 Dis). 

Sekitar pukul 4.35 petang pada Selasa, Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai insiden di tapak binaan sebuah kondominium eksekutif di Tengah Garden Avenue. 

Seorang warga India, berusia 32 tahun, dan rakan sekerjanya sedang memindahkan palang keluli daripada sebuah kren lori. Semasa operasi tersebut, joran kren lori itu tiba-tiba terjatuh. Ia terkena warga India itu lalu menghempapnya di atas lori tersebut, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM). 

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik SCDF. 

Seorang lelaki berusia 45 tahun diberkas kerana disyaki menyebabkan kematian akibat kecuaiannya, menurut polis. 

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Majikan mangsa, Woh Hup, sudah diarahkan supaya menghentikan semua operasi memunggah menggunakan kren lori. Pemaju kondominium eksekutif tersebut adalah Taurus Properties SG. 

Sebanyak 44 kematian di tempat kerja dilaporkan pada tahun ini, menurut MOM.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan