Lelaki diberkas setelah rampas telefon bimbit wanita dan larikan diri dengan e-skuter
Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas pada Isnin (4 Feb) setelah merampas telefon bimbit seorang wanita ketika beliau sedang berjalan di Pasir Ris Drive 8.
Petikan gambar Pasir Ris Drive 8 dari Google Maps.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas pada Isnin (4 Feb) setelah merampas telefon bimbit seorang wanita ketika beliau sedang berjalan di Pasir Ris Drive 8.
Para pegawai menerima aduan mengenai insiden itu sekitar jam 1.50 pagi pada 19 Jan, menurut polis dalam satu kenyataan.
Wanita itu membuat aduan bahawa telefon bimbitnya dirampas oleh seorang lelaki yang setelah itu melarikan diri dengan menaiki sebuah e-skuter, menuju ke arah Tampines Avenue 12.
"Menerusi siasatan yang dijalankan dan dengan bantuan kamera-kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengesahkan identiti lelaki itu dan memberkasnya pada 4 Feb, menurut Pasukan Polis Singapura.
Lelaki itu akan didakwa pada Rabu ini (6 Feb) atas kesalahan mencuri. Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun dan sehingga tujuh tahun, dan juga boleh dikenakan rotan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.