Lelaki diberkas setelah kereta terbalik di CTE
Seorang lelaki 25 tahun, diberkas kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk setelah dia terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) pada awal pagi Sabtu (29 Dis).
Sebuah kereta yang terbalik. (Gambar: Shaqliz Liz/Facebook)
SINGAPURA: Seorang lelaki 25 tahun, diberkas kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk setelah dia terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) pada awal pagi Sabtu (29 Dis).
Gambar-gambar online menunjukkan keretanya terbalik, dengan serpihan kereta bertempiaran di jalan raya.
Menurut pihak polis, mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada jam 3.45 pagi di CTE menuju Ekspreswe Seletar (SLE). Dua penumpang wanita, berusia 24 tahun dan 25 tahun, berada dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, tambah polis.
Kereta lelaki itu dipercayai terbalik setelah ia merempuh bahagian belakang sebuah kereta lain.
Gambar-gambar menunjukkan kenderaan kedua tidak musnah seteruknya.
Polis masih lagi menjalankan siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.