Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas setelah didakwa tampar individu di gereja Prinsep Street

Seorang lelaki diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam setelah dia didakwa menampar beberapa orang di sebuah gereja di Prinsep Street pada Ahad (3 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas setelah didakwa tampar individu di gereja Prinsep Street

Singapore Life Church. (Imej: Google Maps)

Diterbitkan : 03 May 2026 08:42PM
SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas kerana mengganggu ketenteraman awam setelah dia didakwa menampar beberapa orang di sebuah gereja di Prinsep Street pada Ahad (3 Mei).

Polis menyatakan pada Ahad mereka menerima panggilan meminta bantuan pada kira-kira pukul 9.10 pagi di Singapore Life Church.

Apabila polis tiba, lelaki itu sudah pun meninggalkan premis gereja berkenaan.

Seorang wanita berusia 66 tahun yang ditampar berhampiran matanya mengalami pendarahan dan dibawa dalam keadaan sedar ke hospital.

Polis menyatakan aktiviti di gereja tidak terjejas.

Polis mengenal pasti suspek sebagai seorang lelaki Cina rakyat Malaysia berusia 33 tahun.

Dia dikenali oleh individu di gereja tersebut dan pernah menyebabkan gangguan di sana.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita