Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki diberkas setelah campak kerusi dari flat HDB Yishun

Seorang lelaki berusia 49 tahun diberkas berkaitan satu kes tindakan melulu di Blok 102 Yishun Avenue 5, menurut polis pada Khamis (16 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas setelah campak kerusi dari flat HDB Yishun

Petikan video yang tersebar di media sosial, menunjukkan seorang lelaki melemparkan kerusi dan barangan lain dari tingkat empat sebuah flat HDB di Yishun.

Diterbitkan : 16 Apr 2020 03:12PM Dikemas Kini : 16 Apr 2020 03:13PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 49 tahun diberkas berkaitan satu kes tindakan melulu di Blok 102 Yishun Avenue 5, menurut polis pada Khamis (16 Apr).

Pihak berkuasa menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kes tersebut sekitar 7.15 pagi dan siasatan sedang dijalankan.

Satu video yang dimuat naik online menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju melontarkan pelbagai barangan dari tingkat empat sebuah flat HDB dan membuat isyarat tangan kepada orang-orang yang lalu di bawah. Sedang kerusi dan perkakas rumah lain dibalingkan ke laluan pejalan kaki, orang awam yang berada di situ memberi amaran kepada yang lain agar menjauhi kawasan tersebut.

Satu lagi video keadaan selepas insiden berlaku menunjukkan baldi, kerusi plastik dan apa yang kelihatan seperti gulungan fabrik dilihat bersepahan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan