Skip to main content

Singapura

Lelaki diberkas setelah 61 kali cuba ambil pelitup secara haram dari mesin layan diri

Seorang lelaki diberkas setelah cuba mengambil pelitup percuma dari mesin layan diri sebanyak 61 kali menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi secara haram, menurut Pasukan Polis Singapura pada Ahad (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas setelah 61 kali cuba ambil pelitup secara haram dari mesin layan diri

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Mar 2021 03:48PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 03:53PM

SINGAPURA: Seorang lelaki diberkas setelah cuba mengambil pelitup percuma dari mesin layan diri sebanyak 61 kali menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi secara haram, menurut Pasukan Polis Singapura pada Ahad (14 Mac).

Lelaki berusia 38 tahun itu akhirnya dapat mengambil 11 pelitup dari mesin-mesin layan diri di Bukit Panjang Plaza dan di Bishan Street 22, menurut SPF.

Pihak polis menerima laporan pada pagi Sabtu bahawa seorang mangsa tidak dapat mengambil pelitup dari mesin layan diri di Pusat Masyarakat Pasir Ris.

Yayasan Temasek, yang menyediakan mesin layan diri itu, juga membuat laporan pada hari sama setelah ia menerima beberapa aduan daripada mereka yang tidak boleh mengambil pelitup mereka.

Dengan menggunakan rakaman kamera polis dan CCTV yang dipasang di mesin layan diri, para pegawai polis mengenal pasti identiti lelaki itu. Dia diberkas dalam tempoh 24 jam, menurut SPF.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda kerana menipu. Bagi menyimpan maklumat peribadi yang diperolehi secara haram, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita